Pages

Wednesday, February 26, 2020

Mesyuarat Agung PIBG SKBBS Kali Ke 32



Aktiviti : Klinik Hoki Bersama En. Dharma Raj Abdulah
Tempat : Stadium Hoki Kuala Lumpur

Hi Tea SKBBS 2019











        Aktiviti : Hi Tea (BKGK) 2019
           Tarikh :19 November 2019
             Rabu : Khamis
          Tempat : Hotel Seri Pacific,Kuala Lumpur

Team Building SKBBS 2019


Aktiviti : Team Building SKBBS 2019
Tarikh : 27 Julai 2019
Hari : Sabtu
Masa : 7.30 pagi hingga 5.00 petang

Thursday, November 1, 2018

15 pelajar belasah guru disiplin


ALOR SETAR: Hanya kerana menegur sekumpulan pelajar tingkatan lima tidak menyertai perhimpunan, seorang guru disiplin dibelasah ala samseng oleh sekumpulan pelajar dalam kelas di sebuah sekolah menengah di sini, Selasa lalu.

Kejadian jam 7.30 pagi itu bermula apabila guru terbabit yang berusia 40-an mengesan 15 pelajar lelaki tidak menghadiri perhimpunan sebaliknya membuat bising dalam kelas mereka.

Menurut sumber, guru itu ke kelas berkenaan dan meminta semua pelajar terbabit keluar dari kelas dan pergi ke perhimpunan bersama pelajar lain.

“Selepas memberi arahan itu, guru terbabit meninggalkan kelas namun hanya selepas beberapa langkah dia mendengar pelajar itu semakin bising, seolah-olah memprotes serta mengingkari arahannya.

“Apabila guru itu masuk semula dalam kelas, dia melihat sebahagian pelajar terbabit menendang pintu dan ada yang bertindak lebih berani dengan memecahkan cermin tingkap kelas,” katanya.


Sunday, October 14, 2018

Muat Turun Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025



Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 - Bahasa Malaysia


Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 - Ringkasan Eksekutif - Bahasa Malaysia


Malaysia Education Blueprint 2013-2025 - English


Malaysia Education Blueprint 2013-2025 - Executive Summary - English

Monday, October 1, 2018

Salah sebut perkataan, cikgu 'gigit' lengan murid


SAKIT...Farhan menunjukkan lengan kirinya yang cedera akibat digigit guru.
KAJANG: Angkara tidak dapat menyebut perkataan ‘boy’s’ dengan betul, seorang murid tahun enam digigit gurunya hingga mengalami kecederaan di lengan kiri dalam kejadian di sebuah sekolah di Bandar Sri Putra, dekat sini.

Berikutan kejadian jam 8 pagi Khamis lalu itu, mangsa yang dikenali sebagai Farhan, 12, yang juga anak bongsu daripada empat beradik kini mengalami tekanan perasaan dan trauma.

Bapa mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Abu Bakar, 49, berkata, dia mengetahui kejadian menimpa anaknya itu pada jam 12.30 tengah hari selepas melihat anak bongsunya itu murung.

Katanya, selepas disoal, anaknya memberitahu seorang guru menggigit di lengannya hingga pecah darah selepas tidak dapat menyebut satu perkataan dengan baik.

Sumber: Metro

Tuesday, August 7, 2018

10 Pelajar Jual Tubuh Untuk Beli Gajet


JOHOR BAHRU: Kegilaan terhadap pelbagai gajet dan alat telekomunikasi canggih menyebabkan seorang gadis berusia 14 tahun menjual tubuh termasuk meniduri lelaki berusia 60-an bagi mendapatkan wang untuk membeli barangan kegemaran mereka itu.

Perlakuan pelajar tingkatan dua dari Ulu Tiram, dekat sini, itu terbongkar apabila keluarganya menyedari dia memiliki barangan berjenama serta gajet terbaru yang setiap satu daripadanya berharga ribuan ringgit.

Gadis terbabit pada awalnya mendakwa gajet berkenaan kepunyaan rakan sekolah namun keluarga yang curiga membawanya mendapatkan kaunseling di Pejabat MCA Johor Jaya sebelum dia mengakui menjual tubuh kerana mahu memiliki barangan berkenaan.

Ketika berkongsi pengalamannya, gadis mahu dikenali sebagai Sarah berkata, dia terbabit kegiatan tidak bermoral itu sejak awal tahun ini.

Guru Ditahan Disyaki Rogol Guru Rakan Sekerja


SABAK BERNAM- Perubahan sikap seorang guru wanita yang menjadi pasif dan pendiam membongkar rahsia dia dirogol rakan sekerjanya.Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Mohamad berkata, dalam kejadian jam 5 pagi, 14 April lalu, mangsa yang baru bangun dari tidur diterkam suspek berusia 37 tahun di ruang tamu rumahnya sebaik sahaja dia membuka pintu. “Suspek seorang guru sekolah rendah bertindak menerkam dan merogol mangsa yang ketika itu bersendirian di rumah.“Bagaimanapun tiada ugutan yang dibuat dan mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di pejabatnya di sini, semalam.Menurut Noor Mushar, disebabkan kejadian itu, mangsa berusia 33 tahun itu trauma dan berubah sikap menjadi pasif serta pendiam yang kemudiaannya perubahan itu disedari oleh suami mangsa.“Mangsa yang pada mulanya takut menceritakan tragedi itu akhir terpaksa mengakui menjadi mangsa rogol selepas didesak berkali-kali oleh suaminya.“Mangsa ditemani suami kemudiaannya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam, kira-kira jam 2 petang, Ahad lalu,” katanya,Berdasarkan laporan yang diterima, polis bertindak menahan suspek yang sudah berkahwin namun masih belum mempunyai cahaya mata itu di kediamannya di sekitar Sungai Besar kira-kira jam 10 malam, pada hari sama laporan dibuat.“Suspek kini ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol.

Thursday, February 15, 2018

Kementerian Kaji Hantar Guru Bahasa Inggeris ke luar negara



KUBANG PASU 14 Feb. – Kementerian Pelajaran sedang mengkaji untuk menghantar guru Bahasa Inggeris (BI) mengikuti program latihan di luar negara agar penguasaan mereka dalam bahasa itu dapat dimantapkan.Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, cadangan itu telah dibincangkan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan pada dasarnya beliau bersetuju.“Mungkin dengan cara ini ia dapat memberi peluang kepada guru Bahasa Inggeris kita didedahkan dengan bahasa penutur jati di negara asal mereka dan kalau itu keadaannya, mungkin guru kita akan terdidik dengan lebih baik serta lebih yakin untuk bertutur dalam bahasa Inggeris.“Tetapi kita kena kaji dahulu baik atau tidak perkara ini, sama ada ia libatkan kos yang tinggi atau tidak,” ujarnya ketika sesi dialog pada majlis Pemantapan Profesionalisme Warga Pendidik Negeri Kedah dan Perlis di Dewan Wawasan di sini hari ini.